Home | Feedback / Comments | Sitemap | Mobile Web | FAQ
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Welcome to Official Website of Forest Department Sarawak
Last Update: 24 Apr 2014
Version 5.0.3


FOR PUBLIC
Form for Application of Permits
Fees for Licence & Permit
Edible Birds' Nests Licence
in Sarawak
Building Or Structure For
Swiftlets Farming
Guides to Apply Application
for
Wild Life Licence / Permits
National Parks & Nature
Reserves
Entry Fees

FOR RESEARCHER
Forms for Application to
Conduct Research
Forest Research & Development
Botanical Research Centre
The Calophyllum Story
The Long Term Ecological
Research Project in Sarawak

FOR STAFF USERS ONLY
PicturePicture
PicturePicture
**Aplikasi HRMIS hanya boleh dilayari dengan Internet Explorer Version 7 & ke atas Sahaja.
- Borang Senarai Semak Perakuan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

PELAKSANAAN AMALAN 5S DI PEJABAT HUTAN BAHAGIAN KAPIT Print PELAKSANAAN AMALAN 5S  DI PEJABAT HUTAN BAHAGIAN KAPIT

PELAKSANAAN AMALAN 5S  DI PEJABAT HUTAN BAHAGIAN KAPIT

Amalan Persekitaran Berkualiti atau Amalan 5S merujuk kepada singkatan perkataan dalam bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Amalan 5S ini berkesan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Keberkesanan pelaksanaannya menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan pada kos yang optimum dengan proses kerja yang lebih berkesan dan meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dalaman dan luaran. Tumpuan utama penggunaan teknik Amalan 5S adalah untuk menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja.

Program Amalan Persekitaran Berkualiti atau 5S ini telah dilancarkan di Pejabat Hutan Bahagian Kapit pada 26 April 2011 oleh Pemangku Pengarah Hutan Sarawak, Tuan Haji Ali Yusop.

Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Hutan Sarawak, dan pelaksanaan oleh Pejabat ini dipantau oleh Ahli Jawatankuasa dari Ibu Pejabat dan juga Pejabat Hutan Wilayah Sibu. Program diterajui oleh Pegawai Hutan Bahagian Kapit, Pemelihara Hutan Liam Dibor selaku Penaung dan Penolong Pemelihara Hutan Awang Fadzillah Bin Awang Sallam selaku Penyelaras serta diberi sokongan padu 13 orang ahli yang lain. Dua Zon 5S dibentuk iaitu Zon Lelayang dan Zon Menaul.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dialkukan melalui beberapa siri gotong-royong dan kerja kumpulan sehingga menghasilkan perubahan-perubahan serta impak positif dari aspek sumber manusia, sistem dan juga persekitaran fizikal tempat kerja.

Pejabat Hutan Bahagian Kapit telah lulus Audit Pensijilan 5S yang telah diadakan pada 15 Mei 2012 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Ini menjadikan Pejabat Hutan Bahagian Kapit sebagai perintis atau pejabat di Jabatan Hutan Sarawak yang pertama mendapat Pensijilan 5S. Tempoh sah sijil adalah dari 15 Mai 2012 hingga 14 Mei 2013.

Berikut adalah kronologi perlaksanaan sehingga pejabat ini berjaya mendapatkan Pensijilan 5S.

16 Mac 2011:  Pengarah Hutan meluluskan program 5S.
29 Mac 2011:  Mesyuarat pertama berhubung Amalan 5S Jabatan Hutan Sarawak.
26 April 2011:  Pelancaran perlaksanaan Amalan 5S oleh Pemangku Pengarah Hutan di PHB Kapit.

Selepas 26 April 2011 (aktiviti berterusan sepanjang masa):  Perlaksanaan Amalan 5S dengan:-

Þ Pembentukan Jawatankuasa 5S.
Þ Wujudkan Fail-fail 5S.
Þ Membuat Logo 5S.
Þ Menubuhkan Zon-zon 5S.
Þ Mengubal Polisi, Visi, Misi, Objektif dan Motto 5S.
Þ Buat plan tindakan perlaksanaan Carta Perbatuan).
Þ Perlaksanaan melalui aktiviti-aktiviti SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

26 September  2011:  Gotong-royong.
29 September 2011:  Lawatan dan penilaian oleh Perunding MPC.
06—07 Disember 2011:  Kursus Kesedaran dan Perlaksanaan 5S.
08—09 Disember 2011:  Kursus Audit Dalaman 5S.
23 Februari 2012:  Audit Dalaman 5S Bil.1/2012.
28 Februari 2012:  Gotong-royong.
01 Mac 2012:  Lawatan dan penilaian Pra-Audit oleh Perunding MPC.
25 April 2012:  Audit Dalaman 5S Bil. 2/2012.
0 9 &10 Mei 2012:  Gotong-royong Perdana.
15 Mei 2012:  Audit Pensijilan 5S oleh Perunding MPC.

Pejabat ini akan terus mengamalkan prinsip ke-5 iaitu Sentiasa Amal dan akan memastikan pensijilan ini diperbaharui sebelum ianya luput dalam masa setahun.

 
|

Link to MyGovernmentLink to Electronic governmentLink to SS websiteLink to Chief Minister websiteLink to Hotlinks