Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font Sizer
Background Changer
Banner
Last Updated Date
Last Update: 22 Jul 2014
Version 6.0.3
Footer Menu
Best Viewed
PENGENALAN Print PENGENALAN

PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM JABATAN PERHUTANAN SARAWAK (PERKIJAP)

(No.Pendaftaran 17/91)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudari warga Jabatan Perhutanan Sarawak,

Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Perhutanan Sarawak atau lebih dikenali sebagai PERKIJAP Sarawak, telah didaftarkan penubuhannya dalam tahun 1991 dan usianya telah menjangkau 21 tahun. Namun, beberapa fasa yang dilalui meninggalkan berbagai memori kepada kakitangan Jabatan bermula zaman kegemilangannya dalam era 90an sehinggalah ke tahun 2003. Semasa era tersebut, PERKIJAP cukup disegani dan menjadi nadi utama aktiviti kebajikan kakitangan di peringkat Jabatan sehingga berupaya mengelola berbagai aktiviti secara aktif.

Usaha memenuhi keperluan ahli diteruskan dan pada 28 Mei 2005 atas inisiatif AJK sesi berkenaan, pindaan Undang-undang dan Perlembagaan PERKIJAP melibatkan had pegangan tunai dan jumlah perbelanjaan (tunai) telah dilulus bermula pada 8 November 2005 oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia.  Ini membolehkan PERKIJAP menganjurkan lebih banyak aktiviti dalam satu masa.

Selaras dengan peruntukan Undang-undang dan Perlembagaan PERKIJAP, asas penubuhannya tidak lain daripada menanam semangat perpaduan dan muhibbah dalam kalangan kakitangan Islam dan kakitangan lain di Jabatan Hutan Sarawak. Melalui asas ini, PERKIJAP berperanan menjalankan fungsi utama dalam penganjuran aktiviti kebajikan Jabatan berbentuk seminar, ceramah, kursus dan aktiviti-aktiviti lain bagi meningkatkan pengajaran, kefahaman dan amalan Islam dikalangan ahli serta anggota keluarga mereka.

Namun begitu, kejayaan penganjuran setiap aktiviti hanya dapat direalisasikan dengan adanya kerjasama, penglibatan dan sumbangan warga Jabatan serta keprihatinan individu yang telah memberi keceriaan kepada semua ahli demi memastikan kesinambungan PERKIJAP. InsyaALLAH segala usaha yang telah digembleng, mudah-mudahan diberkati Yang Maha Esa seterusnya memberi manfaat kepada para ahli serta semua warga Jabatan.

Keahlian PERKIJAP terbuka kepada semua warga Jabatan dengan yuran permulaan keahlian sebanyak RM8 (iaitu RM2 untuk bayaran masuk, dibayar sekali semasa mendaftar dan RM6 untuk yuran tahunan).

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli boleh berhubung dan mendapatkan Borang Permohonan menjadi ahli daripada:

 

Setiausaha PERKIJAP Sarawak

Ibupejabat Jabatan Hutan
Tingkat 9, Wisma Sumber Alam
Jalan Stadium, Petra Jaya
93660 Kuching; atau
Tel: 082-442180/615219/615203

E-mel: halipahb@sarawak.gov.my ; mohizahm@sarawak.gov.my

 

 
|