Home | Feedback / Comments | Sitemap | Mobile Web | FAQ Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green Background: 1 Background: 2 Background: 3 AAA
Welcome to Official Website of Forest Department Sarawak
Link to News RSS Link to Events RSS Last Update: 15 May 2013
Version 4.3.0
Terms and Conditions | Privacy | Security | Copyright Notice | Disclaimer

 
SEARCH
 

FOR PUBLIC
Picture Form for Application of Permits
Picture Fees for Licence & Permit
Picture Edible Birds' Nests Licence in Sarawak
Picture Building Or Structure For Swiftlets Farming
Picture Guides to Apply Application for Wild Life
Licence / Permits
Picture National Parks & Nature Reserves Entry Fees

FOR RESEARCHER
Picture Forms for Application to Conduct Research
Picture
Forest Research & Development
Picture Botanical Research Centre
Picture The Calophyllum Story
Picture The Long Term Ecological Research
Project in Sarawak

FOR STAFF USERS ONLY

   
     Picture Picture
     Picture 
Picture 
      Aplikasi HRMIS hanya boleh
         dilayari dengan Internet
         Explorer Version 7 & ke
               atas Sahaja.


CONTACT US

Forest Department Sarawak
Bangunan Wisma Sumber Alam
Jalan Stadium,
Petra Jaya 93660,
Kuching, Sarawak, Malaysia
Contact : 082  - 442180 / 319102
Fax No : 082  - 441210 / 441377
webmaster@forestry.sarawak.gov.my


Gong Xi Fa Chai, Jalin Kemesraan & Perpaduan Warga Rdid. – Oleh Amir
Date of News: 26 Feb 2013

Picture(BATU 6, KUCHING – JUMAAT , 22.FEB.2013) Semarak Sambutan Tahun Baru Cina 2013 menyaksikan jalinan kemesraan serta perpaduan warga RDID semakin utuh dikalangan warganya. Menjadi tradisi serta amalan kakitangan di RDID, pasti akan menjayakan sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

                  Pada tahun ini pula, perayaan Tahun Baru Cina 2013 telah diadakan pada 22.Feb.2013 bertempat di ruang legar (lobby) Bahagian Penyelidikan,Pembangunan dan Inovasi, Batu 6, Kuching. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Hutan (RDID), Tn Haji Abg Mohd Mohtar Bin Abang Pawozan. Dalam ucapan perasmian beliau, Tn Haji memberitahu bahawa semangat perpaduan, keikhlasan dan komitmen yang jitu sahaja akan membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan untuk menjayakan sambutan perayaan seumpama ini, mahupun dalam gerak kerja seharian kita. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”, sememangnya kunci hidup bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Melanau, Orang Ulu, Kayan , Kenyah dan pelbagai rumpun etnik di Sarawak ini amnya.
             Majlis ini sebenarnya telah dijayakan oleh Jawatankuasa Kebudayaan RDID 2013/2014 yang dipengerusikan oleh Puan Halipah Binti Bujang bersama ajk-ajk induk dan ajk-ajk pelaksana. Sementara ucapan wakil kaum cina pula telah disampaikan oleh seorang pegawai penyelidik yang baru sahaja berpindah ke RDID, iaitu Puan Aileen Sim Kai Fang. Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2013 juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan Lion Dance dari Persatuan Lion Dance Kai Siang Kuching, pemberian cenderahati penghargaan pegawai yang baru bersara iaitu En Abong Bin Lem dan En Robert Sipek Anak Mingit, nyanyian serta pemotongan kek hari lahir kakitangan RDID serta dimeriahkan lagi dengan bunyi mercun. Pelbagai juadah yang terhidang turut membangkitkan selera warganya untuk menjamu selera dalam kemeriahan suasana dan perpaduan dikalangan masyarakatnya.
                      Anak Cina bermain di kali, 
                      Bersama Abu dan juga Semmi,
                      Komited RDID terus bervisi,
                      Dilain masa bertemu kembali.
            Semoga perayaan seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Dari editor mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah sama-sama menjayakan sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini. Gong Xi Fa Chai !!! (klik sini untuk lain-lain foto)

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
News source: RDID
|

Link to MyGovernmentLink to SS websiteLink to Electronic governmentLink to Chief Minister websiteLink to Hotlinks