PERTANDINGAN KAROM MAKSAK ANTARA KELAB GABUNGAN 2012
DATE: 17 Jul 2012

Kuching 15 July 2012 (AHAD) Kelab Rekreasi dan Sosial Jabatan Hutan Sarawak (FORESSA) telah diamanahkan oleh Majlis Kebajikandan Sukan Anggota-Anggota  Kerajaan Sarawak (MAKSAK Sarawak) untuk menganjurkan Pertandingan Karom MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2012 dan telah berlangsung dengan jayanya dari 14 hingga 15 Julai 2012 di Dewan Serbaguna STIDC.
Objektif pertandingan bagi memperkembangkan bakat permainan karom, memberi bimbingan dan pendedahan kepada bakat-bakat baru di samping  mengeratkan tali persahabat anantara pegawai-pegawai kerajaan. Program ini merupakan aktiviti sukan tahunan MAKSAK tahun 2012.
Sebanyak 15 pasukan yang terdiri dari Kelab FORESSA, MARDI, KASTAM, BAKSRI (Politeknik), YAYASAN Sarawak, KIMIA, Majlis Perbandaran Padawan, KESTURI, UNIMAS, JAIS dan JKR telah menyertai pertandingan dalam Kategori Terbuka Individu Lelaki dan Kategori Berpasukan.

Majlis penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hutan Sarawak, Tuan.Haji Sapuan Ahmad manakala hadiah-hadiah kemenangan telah di sampaikan oleh En.Awang Ikman Awg Sepian yang mewakili Pengerusi MAKSAK Sarawak.


Pemenang-pemenang untuk kejohanan selama dua hari itu untuk kategori Individu telah dimenangi oleh Encik Nawawi Bin Mohamad (UNIMAS), Encik Khalid Bin Abdul Hadi (PSKN-SFS), Encik Jennel Ak Ginjod (POLITEKNIK) manakala Kategori Berpasukan oleh PASUKAN MARDI, PASUKAN KESTURI B, PASUKAN UNIMAS 12 dan  PASUKAN KESTURI A    

Picture