|

Stesen Penyelidikan Hutan dan Pusat Maklumat Pelawat di Lepo Bunga, Gunung Murud, Ulu Limbang yang siap dibina pada November 2011 telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Pembangunan Perindustrian & Menteri Kemudahan Awam pada 11 February 2012.
Turut hadir pada perasmian tersebut adalah YB Datuk Henry Sum Agong, Timbalan Pengarah Hutan , Tuan Haji Sapuan Ahmad, Pengurus Projek ITTO Dr. Paul Chai Pang Kiong, wakil dari Samling Timber Sdn. Bhd. serta wakil Pengurus Besar STIDC Encik Jerry Mawan.
Stesen ini merupakan satu projek kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak, ITTO dan Samling Timber Sdn. Bhd. dalam usaha mempromosikan pemuliharaan kepelbagaian biologi dan eco-pelancongan serta menunaikan tanggungjawab sosial di kawasan Taman Negara Pulong Tau.
Stesen Lepo Bunga terletak pada ketinggian 5,710 kaki dari paras laut dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit pemanduan pacuan 4 roda melalui jalan balak yang sedia ada serta melalui curam getir.
Bagi mereka yang berminat serta mempunyai hasrat untuk berkunjung ke Stesen Lepo Bunga, adalah dinasihatkan agar membawa pakaian tebal memandangkan suhu pada waktu malam dan dinihari berupaya mencecah 13 darjah Selsius.
|