Datu Haji Len Talif Salleh, Director of Forests Department Sarawak
Bio Data |Activities |

Director's message for Ramadhan AL-MUBARAK

Kepada:
Semua Kakitangan
Jabatan Hutan Sarawak
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Sempena bulan Ramadhan AI-Mubarak yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada kakitangan yang beragama Islam. Kepada yang bukan Islam, teruskan berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan kita dalam menjalankan tugas kita sebagai kakitangan perkhidmatan awam.

Saya ingin menarik perhatian semua bahawa sejak kebelakangan ini, Jabatan telah menerima beberapa aduan bertulis tanpa ditandatangani atau dengan kata lain 'surat layang' yang berunsurkan sebahagiannya merupakan kata-kata hasutan yang dilontarkan kepada saya dan juga individu-individu serta organisasi-organisasi di bawah kendalian saya.

Saya mengucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang membina ini. Ianya menjadi satu cabaran yang besar kepada Jabatan untuk memperbaiki dan memperkasakan jentera pentadbiran dan tadbir urus Jabatan dengan agensi-agensi yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama melakukan pembaharuan di dalam Jabantan dengan semangat kerja berpasukan serta tulus ikhlas di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Kita perlu kikiskan sifat cemburu dan suka menuding jari di kalangan kakitangan mahupun di antara Jabatan dan agensi-agensi berkaitan.

Wadah perjuangan kita adalah untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta memperkasakan imej Jabatan kita. Berselindung di sebalik surat tanpa ditandatangan adalah tindakan yang kurang bijak dan tidak memberi manfaat, seperti kata pepatah "Lempar batu, sembunyi tangan". Malah perbuatan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk melaga-lagakan pegawai-pegawai di Jabatan. Sewajarnya kita mengikut rasmi padi, makin tunduk semakin berisi. Pergunakan segala kemahiran dan pengamatan tuan-tuan dan puan-puan ke arah yang lebih memantapkan lagi tadbir-urus dan kecemerlangan Jabatan, dengan mengutamakan pencapaian dan mendahulukan perkhidmatan kepada pelanggan.

Anda sekalian adalah digalakkan untuk mengemukakan cadangan-cadangan secara tulus ikhlas melalui saluran-saluran yang betul dan tepat misalnya; (I) memberi cadangan ke dalam Kotak Cadangan; (ii) melalui Ketua-ketua Bahagian masing-masing; atau (iii) disampaikan kepada Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Biarlah surat kita itu dibuat secara bertandatangan agar lebih telus dan bertanggungjawab dan ini menggambarkan keikhlasan untuk penambahbaikab keadaan.

Jabatan sangat menghargai mana-mana kakitangan yang dapat memberikan pendapat dan buah fikiran yang bernas yang dapat memberikan faedah kepada semua pihak. Malah pihak jabatab sedia untuk memberi ganjaran dan penghargaan kepada kakitangan yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi Jabatan di atas cadangan-cadangan yang dikemukakan itu.

Oleh yang demikian, marilah kita berganding bahu memperbaiki dan mempertingkatkan mana-mana kelemahan pentadbiran dan pengurusan Jabatab kita bersama-sama. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih dengan meningkatkan lagi kerjasama dan perpaduan kita bukan sahaja di kalangan kakitangan Jabatan ini malah juga dengan agensi-agensi lain yang mengendalikan sektor perhutanan dan industri perkayuan di Sarawak seperti STIDC, SFC dan Harwood Timber Sdn. Bhd. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dari kakitangan Jabatan ini.

Dengan harapan yang sedemikian dan sempena bulan yang penuh berkat ini akan dijadikan sata landasan kepada kita untuk menilai diri dan integriti kita serta dapat menyuntik semangat baru ke arah wawasan Jabatan. Semoga segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan AI-Mubarak ini diterima oleh Allah SWT dan kita semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah daripada Nya.

Selamat menyambut Aidil Fitri 1430H.

Wassalam. Sekian, terima kasih.

“ADDRESSING GLOBAL DEMANDS AND EXPECTATIONS IN FORESTRY”
“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

(DATU HAJI LEN TALIF SALLEH)
Pengarah Hutan
SARAWAK

Tarikh: 28 Ogos 2009


Director's speech

  • Speech by Director of Forests in conjuction with the Closing Ceremony of Scientific Expedition to Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary 2008 on 27 June 2008 at 10.00 am at Nanga Bloh, Ulu Katibas

  • Yang Berbahagia Datuk Suboh Mohd. Yassin, Secretary General, Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia

    Yang Berusaha Professor Dr. Haji Mohamed Abdul Majid, Fellow Academy of Sciences Malaysia

    Yang Berbahagia Dato' Dr. Freezailah Che Yeom, Chairman, Malaysia Timber Certification Council

    Yang Berusaha, Tuan Haji Sapuan Ahmad, Senior Assistant Director of Forests

    Expedition Participants, Ladies and Gentlemen

    Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

    First of all I would like to convey the apology from YBhg. Datu Haji Len Talif Salleh, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Planing and Resource Management and Director of Forests for not being able to be here.

    On behalf of the State Government, I would like to thank YBhg. Datuk Suboh Mohd. Yassin for his presence and officially closed the Scientific Expedition to Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary 2008. We are very grateful, despite your busy schedules that you are able to come to Nanga Bloh.

    YBhg. Datuk, Ladies and Gentlemen,

    Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary (LEWS) is the biggest totally protected area in Sarawak with an area of 168,758 ha and known for its diversity of flora and fauna. This expedition is very timely and significant as it is the first activity since LEWS was approved as centre for Plant Research in 2002. Besides, LEWS is recognized by ITTO as a model project on biodiversity conservation and one of the best studied area in Sarawak. This expedition is no doubt further contribute and enhance to a scientific knowledge of LEWS.

    As we have participants from various fields of expertise and institution, I hope that all of you have gain as much knowledge as possible as well as knowledge sharing. I must say that this expedition has provided all of you with the opportunity to interact and exchange knowledge with each other especially among researchers from different institutions in Malaysia and researchers from Negara Brunei Darussalam.

    The State Government is always supporting the research initiatives in the state. By having and expedition such as this, the government is hoping that the findings could be used by researchers/scientifics to further enhance the knowledge of tropical rainforest and subsequently the information could be used by the government to better manage the area. The details from the findings can also be used to support the nominations of Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary as one of the World Heritage Sites.

    YBhg. Datuk, Ladies and gentlemen, I am sure that this expedition will be a memorable one for all of participants. The opportunity to conduct research/study in Lanjak Entimau and to experience a long journey up river is not something that everybody can have.

    On behalf of the state government I would like to thank Academy of Sciences Malaysia for co-financing this expedition. My gratitude also goes to Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia for supporting us especially by providing fund which enable us to conduct this expedition.

    Last but not least, I must thank everyone who has contributed towards this expedition especially the Forest Department Staff, Sarawak Forestry Corporation, and Unimas for their hard work and commitment. I hope the participants had enjoyed their stay in Nanga Bloh and if there is any shortcoming, I on behalf of the organizing committee would like to apologize. With that I wish all the participants a safe journey home.